5.3.17

Al Fatihah Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan blogger semua

Setelah sekian lamanya blog ini berhabuk tahap berpuluh inci dah haha. Last post pown pasal anak sulung aku yang sekarang dah berumur dua tahun lebih dah. Betapa cepatnya masa berlalu sekarang nie.

Last post pasal Fina masa dia berumur lima bulan. Almost setahun setengah tak post langsung kat blog nie. Kesian dekat blog, kalau dia ada perasaan mesti nagis lah dia sebab tak hiraukan langsung kan. But not to worry. Now I'm back !

Pada tanggal 19 Mei 2016, perginya seorang insan yang sangat bermakna bagi aku. Iaitu ayah aku Sukri bin Yaacob yang meninggal kerana kegagalan jantung untuk berfungsi. Ayah dah lama sakit sejak tahun 2012 lagi tapi tak teruk sangat. Tak teruk pown ayah tapi selalu masuk hospital. Selalu sangat ditahan wad.

Kalau ayah masuk hospital dia mesti tak nak anak-anak dia tahu yang dia masuk hospital. Dia tak nak anak-anak dia risaukan dia. Tapi bila dia rindukan anak-anak dia, last-last sekali dia jugak yang bagi tahu sendiri yang dia sakit dan ada di hospital.

Tapi masa pindah rumah sewa baru pada bulan empat tahun 2016, dia dah start sakit teruk masa tu. Masa tu Fina selalu ada dengan dia, mana-mana pown dia pergi dia akan bawak cucu sulung kesayangan dia. Masa tu Fina jelah cucu dia. ShaSha masa tu tengah mengandung lagi.

Makin lama makin teruk ayah sakit. Ayah batuk malam. Ayah sesak nafas. Malam dia susah tidur. Betapa seksa nya dia sebelum dia dijemput Ilahi. Dah lama masa tu aku ngan ayah tak berapa baik hanya sebabkan maggi jek. Kenapa mesti aku gaduh ngan ayah masa tu :'(.

Lepas tu mama dan ayah pown nak balik kampung sebab masa tu ayah betol-betol dah tak boleh nak bawak teksi. Dia sakit teruk sangat. Kalau pergi mana-mana dia duduk ngan Fina dalam kereta duduk belakang. Mama yang drive. Dia terbaring jer kat belakang.

Sebulan ayah kat kampung, nenek pown ade jugak jaga anak sulung dia. Ayah masa tu sakit teruk batuk berdarah, sesak nafas masa malam-malam. Nak tidur malam pown susah. Ayah asyik terjaga malam dia jadi penat sebab tak cukup tidur.

Aku sendiri pown tak sangka yang ayah akan pergi. Tapi aku sempat pulang ke kampung sebab mama kata ayah dah sakit tenat masa tu. Ayah mintak di tidurkan sebab dah tak tahan selalu sangat sakit-sakit. Masa tu jugak doktor kata mungkin ayah dah tak ada harapan sebab banyak organ dalaman yang penting dah rosak.

Aku sempat mintak maaaf dengan ayah masa dia tengah tidur tu, Ayah nampak macam nak bangun tapi tak terbangun sempat ayah dah lemah sangat masa tu. Ayah menghembuskan nafas dia yang terakhir pada 19 Mei 2016 pada pukul 2 petang.

Masa ayah sakit kat kampung dulu, ayah betol-betol teringat kat Fina. Dia rindukan Fina sangat-sangat. Tapi pada masa tu ayah sakit tenat, dia rindu nak main dengan Fina, dengar Fina ketawa. Aku tak dapat balik masa tu. Kesian sangat-sangat kat ayah. Ayah tak dapat jumpa buat kali terakhir cucu kesayangan dia.

Aku tahu yang ayah memang suka kalau dapat cucu lelaki. Lepas perginya ayah, ShaSha selamat lahirkan baby boy pada Jun, masa tu tiga hari ke empat hari puasa. Lepas tu aku pada akhir tahun lepas, tahun 2016 aku lahirkan baby boy juga. Ayah tak sempat tengok cucu lelaki dia. Ayah suka main dengan budak kecik. Dengan Fina pown boleh nampak dia suka melayan Fina.

Aku harap sangat Ya Allah lindungilah ayah aku disana, tempatkan lah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Mama orang yang paling sedih sekali, biar pown tak nampak dia nagis sangat tapi dia lah paling rase kehilangan ayah.

Tapi mama seorang yang sangat kuat orangnya. Dia tabah mengharungi semuanya. Mama dah biasa buat perkara sendiri, sebab ayah selalu suruh mama buat jer sendiri. Drive sorang dari JB ke KB pown mama okay jek. Mama is the best mama ever. Ayah is the funny father ever. Sayang ayah dan mama. ALFATIHAH Ayah.


25.5.15

Baby Fina

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dapat lagi aku update blog nie yang telah sekian lama nyer x di update kan hehe. Last sekali hujung thn 2013. Sebab final exam.

Dah lebih setahun x update kan. Sekarang dh ade citer baru pasal diri yang xseberapa nie.

Pada tanggal 29 Disember 2014, aku telah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang sgt2 comel. Hehe perasan plk. Tapi mmg comel pown. Mesti korang pelik. Tiba2 aku update kata aku ada anak. Kawin ntah bila. Hehe.

Sebenarnya aku kawin senyap2 jek. Antara famili aku jek sbb nyer aku tgh blaja lagi masa tu. Jadi xnk bagi kecoh lah kan. Hehe.

Alhamdulillah aku bersyukur sgt2 sebab aku selamat lahir kan bayi perempuan seberat 2.75kg. Dah lah aku lahir kan dia ketika musim banjir di kelantan baru2 nie.

Punyalah banyak dugaan aku ketika saat2 sakit nya nak beranak nie. Dahlah aku berada di rumah adik ipar aku. Duduk hampir semua famili ada kat situ. Xsempat nak pergi ke sekolah2. Cepat sgt air banjir nie naik taw.

Tapi nasib baik masa aku nak beranak tu, ketika tu hati pertama air banjir nak surut. Walaupun hari pertama, air tetap kat paras leher. Memang x di sangka sgt2.

Aku melahirkan baby aku 2 minggu awal dari tarikh jangka. Sepatutnya bulan 1. Memamg betol2 xdijangka lah. Tapi mmg nurse pown dab pesan. Kandungan awk dah masuk 9 bulan, jadi bila2 masa saja awk kan beranak.

Aku doa harap2 lahir lepas banjir p baby aku ttp nak keluar masa musim banjor. Memang haru biru di buat nya suami aku. Haha

Kelam kabut cari bot untuk aku. Tapi dalam dekat sejan jugak aku tahan sakit yabg x terperi. Tapi bila di ingat balik. Mmg aku dh xingat mcm mana rase sakit nak bersalin. Dh lupa terus.

Denga  pelbagai rintangan akhir nya aku sampai di hospital pada jam 12 tengah hari. Aku sakit pukul 4 pagi lagi. Disebabkan banjir tu lah aku lambat sampai ke hospital.

Ramai yang tolong aku p aku dah xingat sgt sapa yang tolong aku. Sbb aku tgh kesakitan lagi. P aku mmg bersyukur ramai sgt2 yang tolong aku. Terima kasih semua !

Pada pukul 2.49 petang, aku selamat lahirkan Fina Balqis. Yang sgt sihat dan sgt comel. Alhamdulillah.

Baby Fina 2 bulan
Mama yang jaga aku dan baby Fina
You now almost 5 month old Fina