5.8.11

Tanda-Tanda Kecil Kiamat yang paling UTAMA #2

Assalamualaikum w.b.t. n
selamat sejahtera kawan2 sume yer
hari nie sy nk sambung entri yang lepas 
yang pasal ini hrp korg sume baca yer
dan ini sambungan nyer

33. BERKURANGNYA IMAN MANUSIA untuk melaksanakan ketaatan dan amal untuk akhirat.

34. TURUNNYA SIFAT KEDEKUT, lalu berleluasalah ia di kalangan manusia, maka setiap org bakhil untuk memberikan (mendermakan) apa yang mereka miliki. Orang yg mempunyai harta bakhil dengan hartanya, orang yang berilmu bakhil dengan ilmunya, orang yangberkaliber atau berpengalaman bakhil dengan kepakarannya. Telah bersabda Rasullullah s.a.w. mengenai tanda2 Hari Kiamat :

"Berkurangnya amal dan berleluasanya kebahkilan"

35. MANUSIA SALING MEMBUNUH tanpa tujuan (kebenaran yang jelas). Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Demi Zat yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu zaman, di mana pada zaman itu si pembunuh tidak faham mengapa dia membunuh dan yang terbunuh tidak faham mengapa dia dibunuh."

36. HARTA KEKAYAAN UMUM DIKUASAI oleh segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpaada rasa warak (tidak takut dosa), termasuk mengambil harta awam dengan senyap (penyelewengan).

37. BERKURANGNYA SIFAT AMANAH (tidak berpegang pada kepercayaan yang diberikan orang lain).

38 . TERASA BERAT bagi orang untuk melaksanakan syariat Islam

39. SEORANG LELAKI MENTAATI ISTERINYA, tetapi MENDERHAKA kepada IBUNYA sendiri.

40. SEORANG LELAKI BERSIKAP KASAR PADA AYAHNYA, tetapi bersikap LEMBUT dengan KAWANNYA.

41. MANUSIA MENINGGIKAN SUARA(menjerit) DALAM MASJID.

42. PEMIMPIN SESUATU KAUM adalah orang yang HINA (bersifat keji) di kalangan mereka dan sebuah suku dipimpin oleh orang yang FASIK di kalangan mereka.

43. SEORANG LELAKI DIHORMATI BUKAN KERANA BUDI DAN KEBAIKNYA tetapi kerana takut akan kejahatannya.

44. RAMAINYA BILANGAN POLIS, yang mana perkara itu disebabkan banyaknya kerosakan.

45. MENGUTAMAKAN SEORANG IMAM disebabkan elok suaranya, walaupun kurang ilmu dan keutamaanya.

46. MENJUAL KEPEMIMPINAN @ JAWATAN (hukum), bahawa jawatan diterima dengan risywah (rasuah, sogokan).

47. MEMANDANG RENDAH KEPADA DARAH. 

48. ISTERI TURUT BERSAMA BERNIAGA bersama suaminyadalam bekerja dan berniaga @ suami menjadi pembantu isterinya.

49. BERKEMBANGNYA TULIS MENULIS dan banyaknya kitab-kitab karangan.

50. ANAK-ANAK MENJADI PEMARAH.

51. HUJAN TERASA PANAS (menjadi musibah).

52. ORANG BELAJAR AGAMA BUKAN UNTUK AGAMA, akan tetapi untuk mendapatkan jawatan atau kerja atau harta.

53. MUNCULNYA BERBAGAI JENIS KENDERAAN CANGGIH, di mana perkara ini merupakan suatu keajaiban (mukjizat) dari khabar yang disampaikan Nabi s.a.w.. Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan muncul pada akhir zaman -dari umatku- orang yang berkenderaan di atas beberapa pelana yang berbentuk seperti pelana tunggangan yang terbentang, di mana mereka berhenti dengan kenderaan tersebut di depan masjid, wanita mereka berpakaian akan tetapi mereka adalah telanjang."

54. MUNCULNYA GAYA HIDUP MEWAH dan manja dalam tubuh Islam.

55. ORANG FASIK (suka melakukan dosa dan munkar) DIMULIAKAN, orang yang mulia serta terhormat direndahkan.

56. Kepada seorang lelaki dikatakan : "Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia! Sedangkan DADANYA TIDAK ADA IMAN SEDIKIT pun walau pun sebesar biji sawi."

57. ORANG BERANGAN UNTUK CEPAT MATI kerana banyaknya huru-hara yang berlaku.

58. IRAQ DIKEPUNG dan ditahan darinya makanan serta bantuan kemanusian lainnya.

59. DIKEPUNG SYAM (Syria, Lebanon, Jordan, Palestin) dan ditahan darinya makanan serta bantuan.

60. MENINGGALNYA RASULULLAH S.A.W..

61. PENAKLUKAN BAIT AL-MAQDIS. Perkara ini telah berlaku pada zaman khalifah yang kedua, iaitu Umar bin Khattab.

62. KEMATIAN BESAR-BESARAN yang disebabkan wabak umum. Juga sakit perut dan sebagainya seperti wabak taun yang berlaku pada zaman Umar bin Khattab dan pada ketika berlakunya perang dunia.

63. KENAIKAN HARGA dan barangan menjadi mahal sehingga seseorang diberi gaji seratus dinar masih tidak puas hati.

64. GENJATAN SENJATA DAN PERDAMAIAN antara kita (orang Muslim) dengan orang Rom (Eropah dan Amerika).

-------------------------------------------------------------------------------------------
Tanda yang ke-64 adalah merupakan tanda kecil kiamat yang terakhir sekali. Setelah perstiwa ini akan berlaku peperangan yang besar dan dahsyat. 

Kita yang masih hidup skrg ini hanya mampu menunggu saat2 tibanya tanda akhir sekali, ini kerana semua tanda2 kecil kiamat yang lain sudah pun berlaku di dunia kita skrg.

p/s : sama2 lh kita bertaubat sebelum tiba kita mati dan sebelum tibanya kiamat yang besar nti ,,, 

4 comments:

SoLy SoLicious said...

semoga menjadi peringatan bersama :)

SuzaDin said...

@soly : btol 2 ... sgt penting pada kiter umat islam nie kn ...

si cantik sally said...

erm..geron plak sis bace dik..heheh...tahniah yek dapat jugak followers 1riban..heheh...

*** lupe nak pos kat kotak komen di entry atas..huuuuuuuuuuu...lalalala..>_<

SuzaDin said...

akak sally : agak mergerunkan .. alah dh bls pown komen kt atas 2 hehehe