5.9.11

Tips - Uruskan Percintaan Jarak Jauh

Assalamualaikum w.b.t.

ptg2 nie nk kongsi 1 tips mengenai jarak percintaan jarak jauh bagi sesapa yang kapel diorg nie duk jauh2 lh (mcm ak hehehe) ak jadi kapel jarak jauh bila ak balik johor nti ... sob2 sedih nyer waaaa ... jadi baik ak ikot jer tips nie hehehe ... berguna gak tuk ak sendiri ...
1. SETIA WALAUPUN JAUH
Banyak dugaan yang akan dihadapi apabila berada berjauhan ngan org yang kiter syg kn dan masa nie lh kitakn rasa betapa sunyi nyer lh hidup kiter nie. Pada masa nie lh kawan2 akan menjadi penyeri utk kiter kn. Tapi, kawan hanyalah kawan kn. Ceria bersama kawan tidak sama ngan ceria bersama orang tercintakn. Di sini, ada yang kecundang kerana ada yang bercinta dengan kawan disebabkan kesunyian. Jgn disebabkan kesunyian jer kita pilih kawan kiter dan tidak setia ngan pasangan kiter. Kalau pasangan kiter tahu kiter curang per lh perasan dia kn. 
2. BERJUMPALAH WALAUPUN SEKETIKA
Jgn jadikan jarak jauh 2 sebgai alasan kerana cinta perlukan komitmen dan juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Jika masing2 berada di tempat yang jauh cuba cari masa yang sesuai @ ketika cuti panjang dan jgn lh tidak berjumpa langsung. Suda tentu kita akan berasa rindu apabila berjauhan dan ingin bertemu. Rancanglah masa untuk bertemu, sudah tentu keadaan ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.
3. TANYALAH KHABAR
Cubalh selalu hubungi orang tersayang tuk bertanya kan kabar si dia. Buat secara selang seli, hari nie dia menelefon esok si dia pula. Mcm nie baru sama2 rasa susah dan senang nya. Jgn mengharapkan si dia jer yang menghubungi anda. Kita seharusnya sama2 lh bagi komitmen tuk sama2 kukuh kn lagi percintaan anda.
4. SAMBUT HARI ULANG TAHUN BERSAMA
Sekiranya masing free, cuba sambut hari lahir @ ulang thn percintaan korang. Jika tarikh 2 kena waktu korang bz, cubalah rancang kn ia di hujung mgu pula. Luangkan masa walaupun seketika dan korang mesti akan rasa gembira. Walaupun hanya sebentar jer korang berjumpa, tetapi kenangan korang bersama akan tetap terpahat dalam hati dan ingatan korang kn.
5. JANGAN JADIKAN JARAK SEBAGAI PEMUSNAH
Cinta jarak jauh mmg sukar krn ia cpt memberontak apabila rindu mendatang. Apabila keseorangan, sudah tentu anda akan terasa kerinduan terhadap si dia. Tetapi ingatlah, jgn jadikan jarak yang jauh sebagai pemusnah cinta korang. Jadikan ia sebagai cabaran korang dalam bercinta yang akan memberikan korang semangat tuk menerukan percintaan korang ini.

korang kena ingat yang jarak percintaan korang bersama si dia bukan menjadi penghalang bagi korang utuk teruskan percintaan itu, tetapi dijadikan sebagai satu perubahan utk menjadikan cinta korang lebih hangat... hehehe... 

amcam hebat x ayat ak hahaha ... jgn lupa pratikkan dlm kehidupan seharian anda utk mengelakkan kta kehilangan cinta itu ... (^_^)y


10 comments:

Amirah Jafri said...

thankYou dear :)

saya akan ke Melaka nanti while dia kat s.alam ... hopefully cinta jarak jauh ni akan berkekalan . insyaAllah :)

Suza said...

@Amirah Suhana welcome hehehe :)

waaaa ... sy lagi jauh lh awk ... kelantan n jb ... sy pow hrp mcm 2 gak .. semoga berkekalan amin !!

K said...

cewaahhhhhh, doktor cinta. wooot :P

Suza said...

@sergeant keroro beselah hahaha

aque said...

benar2... tapi harap dipraktik 2 2 pihak la kan... uhuhuhuhu

Suza said...

@aqueitu sudah tentu, baru menjadi kn kn kn

kura said...

ah. tak nak bercinta la senang. kan kan. hahah

Suza said...

@kuraala jgn lh mcm 2 awk ...

kura said...

hahaha :0

Suza said...

@kuraeh suka plk dia hehehe