5.3.17

Al Fatihah Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan blogger semua

Setelah sekian lamanya blog ini berhabuk tahap berpuluh inci dah haha. Last post pown pasal anak sulung aku yang sekarang dah berumur dua tahun lebih dah. Betapa cepatnya masa berlalu sekarang nie.

Last post pasal Fina masa dia berumur lima bulan. Almost setahun setengah tak post langsung kat blog nie. Kesian dekat blog, kalau dia ada perasaan mesti nagis lah dia sebab tak hiraukan langsung kan. But not to worry. Now I'm back !

Pada tanggal 19 Mei 2016, perginya seorang insan yang sangat bermakna bagi aku. Iaitu ayah aku Sukri bin Yaacob yang meninggal kerana kegagalan jantung untuk berfungsi. Ayah dah lama sakit sejak tahun 2012 lagi tapi tak teruk sangat. Tak teruk pown ayah tapi selalu masuk hospital. Selalu sangat ditahan wad.

Kalau ayah masuk hospital dia mesti tak nak anak-anak dia tahu yang dia masuk hospital. Dia tak nak anak-anak dia risaukan dia. Tapi bila dia rindukan anak-anak dia, last-last sekali dia jugak yang bagi tahu sendiri yang dia sakit dan ada di hospital.

Tapi masa pindah rumah sewa baru pada bulan empat tahun 2016, dia dah start sakit teruk masa tu. Masa tu Fina selalu ada dengan dia, mana-mana pown dia pergi dia akan bawak cucu sulung kesayangan dia. Masa tu Fina jelah cucu dia. ShaSha masa tu tengah mengandung lagi.

Makin lama makin teruk ayah sakit. Ayah batuk malam. Ayah sesak nafas. Malam dia susah tidur. Betapa seksa nya dia sebelum dia dijemput Ilahi. Dah lama masa tu aku ngan ayah tak berapa baik hanya sebabkan maggi jek. Kenapa mesti aku gaduh ngan ayah masa tu :'(.

Lepas tu mama dan ayah pown nak balik kampung sebab masa tu ayah betol-betol dah tak boleh nak bawak teksi. Dia sakit teruk sangat. Kalau pergi mana-mana dia duduk ngan Fina dalam kereta duduk belakang. Mama yang drive. Dia terbaring jer kat belakang.

Sebulan ayah kat kampung, nenek pown ade jugak jaga anak sulung dia. Ayah masa tu sakit teruk batuk berdarah, sesak nafas masa malam-malam. Nak tidur malam pown susah. Ayah asyik terjaga malam dia jadi penat sebab tak cukup tidur.

Aku sendiri pown tak sangka yang ayah akan pergi. Tapi aku sempat pulang ke kampung sebab mama kata ayah dah sakit tenat masa tu. Ayah mintak di tidurkan sebab dah tak tahan selalu sangat sakit-sakit. Masa tu jugak doktor kata mungkin ayah dah tak ada harapan sebab banyak organ dalaman yang penting dah rosak.

Aku sempat mintak maaaf dengan ayah masa dia tengah tidur tu, Ayah nampak macam nak bangun tapi tak terbangun sempat ayah dah lemah sangat masa tu. Ayah menghembuskan nafas dia yang terakhir pada 19 Mei 2016 pada pukul 2 petang.

Masa ayah sakit kat kampung dulu, ayah betol-betol teringat kat Fina. Dia rindukan Fina sangat-sangat. Tapi pada masa tu ayah sakit tenat, dia rindu nak main dengan Fina, dengar Fina ketawa. Aku tak dapat balik masa tu. Kesian sangat-sangat kat ayah. Ayah tak dapat jumpa buat kali terakhir cucu kesayangan dia.

Aku tahu yang ayah memang suka kalau dapat cucu lelaki. Lepas perginya ayah, ShaSha selamat lahirkan baby boy pada Jun, masa tu tiga hari ke empat hari puasa. Lepas tu aku pada akhir tahun lepas, tahun 2016 aku lahirkan baby boy juga. Ayah tak sempat tengok cucu lelaki dia. Ayah suka main dengan budak kecik. Dengan Fina pown boleh nampak dia suka melayan Fina.

Aku harap sangat Ya Allah lindungilah ayah aku disana, tempatkan lah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Mama orang yang paling sedih sekali, biar pown tak nampak dia nagis sangat tapi dia lah paling rase kehilangan ayah.

Tapi mama seorang yang sangat kuat orangnya. Dia tabah mengharungi semuanya. Mama dah biasa buat perkara sendiri, sebab ayah selalu suruh mama buat jer sendiri. Drive sorang dari JB ke KB pown mama okay jek. Mama is the best mama ever. Ayah is the funny father ever. Sayang ayah dan mama. ALFATIHAH Ayah.


2 comments:

Saskia said...

Artkikelnya Bagus banget gan,jangan lupa singgah juga ya,Makasihh ^_^ AGEN BANDARQ

Agen Poker Online said...

Susah menang di situs judi online lain ???
Ayuk daftarkan diri anda di NagaQQ agen bandarq Terbaik
Raih kemenangan anda bersama kami disini..
Permainan 100% fairplay
Player VS Player
Menyediakan deposit Pulsa

WHATSAPP : +855977509035
LINE: Cs_nagaQQ

link alternatif:
kacanaga.com
kacanaga.Net
kacanaga.Org
kacanaga.info